bab 5: Takdir Yang Aku Tulis Sendiri

 BAB 5: Permainan Dalam Senyap

Petang itu, Hannah duduk bersendirian di kafe tingkat bawah bangunan tempat mereka bekerja. Laptop terbuka, tapi fokusnya terarah pada pesanan kopi yang masih belum sampai. Tangannya menyentuh bibir cawan kosong — dan seperti ditulis dalam skrip takdir, suara garau yang dikenal datang dari arah belakang.


“Still pretending to be busy?”

Danial duduk tanpa diundang di hadapan Hannah. Dia menyandarkan badan, tenang, mata tepat menatap wajah gadis yang selama ini begitu licik mengatur langkah.


Hannah tidak terkejut. Malah, dia senyum penuh makna.

“Tak semua orang perlu berlakon. Some of us are really that interesting.”


Danial angkat kening.

“Or really that lonely.”


Kata-kata itu menikam dalam. Entah kenapa, untuk pertama kali dalam hidup, Hannah rasa dia tak ada skrip balasan yang cukup tajam. Sepi beberapa saat, sebelum dia tutup laptop perlahan.


“Kenapa awak suka serang saya?”

Soalan keluar begitu sahaja. Nada lebih lembut, kurang sinis, lebih jujur.


Danial tarik nafas, pandangan sedikit lembut.

“Sebab saya tahu awak boleh tahan. Dan sebab saya rasa... awak perlukan seseorang yang tak tunduk dengan senyuman awak.”


Hannah terkedu. Dalam semua pertemuan dengan lelaki-lelaki sebelum ini, tak pernah ada yang melihat sisi itu — sisi dirinya yang letih, yang kosong, yang sedang cari makna dalam permainan yang dia sendiri cipta.


Danial bersuara lagi, lebih perlahan.

“Hannah, awak boleh terus berpura-pura. Tapi saya nampak awak… lebih dari semua lapisan tu.”


Dan Hannah... tak tahu harus senyum atau lari.


Comments