BAB 19: Diuji Sebuah Restu
Majlis pertunangan Hannah dan Danial berlangsung sederhana. Dalam senyum dan tawa tetamu, ada pandangan yang tidak semua manis — khususnya dari ibu Danial.
"Dia tu penulis skrip. Dunia hiburan, bukan tempat perempuan baik-baik," bisik ibunya pada ayah Danial malam itu.
Danial tak pernah tahu. Hannah lagi tak tahu. Tapi bila jemputan makan malam bersama keluarga Danial tak kunjung tiba — dia mula rasa sesuatu.
Satu malam, Danial pulang lewat dari kerja. Hannah yang biasa menanti panggilan telefon, menerima teks ringkas sahaja malam itu.
"Maaf, penat sangat hari ni. Esok kita borak ya."
Tapi yang Hannah tak tahu, malam itu Danial diminta hadir ke satu "perjumpaan keluarga". Di meja makan, topik utama bukan soal kerja... tapi soal Hannah.
"Mak nak Danial fikir semula. Ramai lagi perempuan baik, yang jaga adat, yang bukan dari dunia glamor," ujar ibunya tanpa selindung.
Danial angkat muka. Matanya tenang tapi tajam.
"Mak, dia jaga maruah dia. Dia kerja, bukan melacur. Mak tak kenal dia macam mana saya kenal dia."
"Kadang-kadang kita rasa kenal... tapi sebenarnya kita cuma tengok yang dia nak tunjuk saja, Danial," balas maknya lagi.
Malam itu, Danial balik dengan kepala berat. Dan Hannah... mula terasa dingin yang perlahan-lahan meresap dalam hubungan mereka.
Comments
Post a Comment