BAB 2: Stalker Mod On
Selepas pertemuan di café itu, Hannah pulang dengan perasaan yang bercampur-baur. Dia duduk atas katil, buka laptop, dan menaip:
Danial Iqmal
Nama penuh. Tak pakai shortcut. Dia mahu tahu siapa sebenarnya lelaki yang berani 'checkmate' dia dalam satu pertemuan.
Beberapa klik dan scroll, muncul satu profil LinkedIn — Danial Iqmal, Executive Producer, Raven Pictures. Master in Film & Media Studies (UK). Bekas wartawan, kini produser filem yang tengah naik.
Hannah angkat kening. Patutlah confident semacam.
Dia buka pula Instagram. Private. Tapi profile picture nampak — lelaki berwajah tenang, berbaju kot biru gelap, senyuman nipis. Oh... classy.
Dan ada mutual follower.
@shaza_writer — salah seorang kenalan Hannah dalam dunia skrip.
Tanpa fikir panjang, Hannah hantar mesej.
"Shaza, u kenal ke Danial Iqmal tu?"
Tak sampai seminit, Shaza balas:
"Kenal lah. Serious guy. Tak layan perempuan sangat. Kalau kerja, kerja je. Tapi kalau dia suka skrip, dia fight gila-gila. Nape?"
Hannah senyum sendiri. Tak layan perempuan sangat? Hmm… cabaran betul.
Malam itu Hannah masih tak boleh tidur. Danial menari dalam fikirannya — bukan kerana dia romantik, tapi sebab dia tak tertarik pada aku? Itu satu tamparan untuk gadis seperti Hannah.
Esoknya, Hannah balas mesej Danial:
"Skrip baru saya tengah ditulis. Awak pasti nak jadi orang pertama yang baca, atau saya bagi kat produser lain dulu?"
Danial hanya balas ringkas:
"Saya tunggu bila awak yakin. Bukan bila awak tercabar."
Dua ayat. Tapi
cukup untuk buat Hannah rasa dipijak.
Comments
Post a Comment