BAB 20: Getar Yang Tak Tersurat
Mula-mula Hannah fikir Danial cuma penat. Sibuk dengan kerja. Tapi setelah seminggu, rentak mereka berubah.
Jika dulu Danial akan telefon tepat selepas maghrib — sekarang kadang hanya sempat hantar mesej ringkas lewat malam.
Jika dulu setiap hujung minggu mereka akan keluar berbual tentang skrip dan impian — kini Danial lebih selesa diam di rumah, atau bertemu kawan-kawan lelakinya.
Dan Hannah, walau kelihatan ceria seperti biasa, dalam diam menyusun keping-keping tanda tanya yang makin berserabut.
Satu malam, dia taip mesej:
“Awak okay? Kita okay tak?”
Balasan hanya muncul 2 jam kemudian.
“Okay je. Kenapa tanya macam tu?”
Danial tak tanya pun kenapa dia tanya. Tak cari punca. Tak pujuk. Hannah baca mesej itu lima kali — rasa kelat mula memenuhi dada.
Dia tahu Danial jenis tenang dan tak banyak cakap. Tapi ini bukan tentang karakter — ini tentang jarak yang tiba-tiba makin terasa.
Comments
Post a Comment