BAB 21: Bila Rasa Tak Lagi Sama
Pada suatu petang Sabtu, Hannah tunggu mesej Danial. Mereka kononnya ada janji makan tengah hari. Tapi sampai jam 2, tiada berita.
Hannah akhirnya keluar sendiri — dan seperti takdir yang menguji, dia ternampak Danial… di satu kafe, duduk bersama seorang wanita yang tampak... elegan dan matang. Seolah bukan pertemuan profesional.
Hannah tak tegur. Dia tak mampu. Dia cuma pandang dari jauh, lalu beredar.
Malam itu, dia hantar mesej:
“Saya nak jumpa. Boleh?”
Danial cuma jawab:
“Besok saya ada hal dengan keluarga. Kita jumpa nanti-nanti ya.”
Dan itulah malam pertama selepas pertunangan... Hannah menangis sendirian.
Bukan sebab cemburu semata, tapi sebab firasatnya mula berkata — restu yang diharap, sedang ditarik perlahan-lahan dari genggaman mereka.
Comments
Post a Comment