BAB 24: Penyamun Berhati Penulis
Hannah mula simpan semuanya dalam satu folder khas — gambar, komen, gerak-geri, dan setiap momen yang dia rasa ‘janggal’. Dia jadikan itu bahan inspirasinya — tapi sebenarnya, dia sedang susun skrip untuk hatinya sendiri.
Malam itu, Hannah duduk di studio kecilnya. Laptop terbuka. Word document kosong. Tapi di jendela kecil tepi skrin — dia buka IG Maira.
Scroll.
Pause.
Baca caption satu-satu.
Ada satu gambar throwback — reunion zaman universiti. Danial ada. Maira pun ada. Dan mereka duduk sebelah-sebelah.
Caption Maira:
"Sometimes you don’t marry the one who knows you longest, but you’ll always remember the one who did."
Hannah pandang ayat itu lama. Lama sangat sampai dia lupa dia sedang menulis skrip drama… bukan hidup sendiri.
Comments
Post a Comment