BAB 26: Psikologi Seorang Penulis

 BAB 26: Psikologi Seorang Penulis

Studio malam itu sunyi. Hanya bunyi papan kekunci dan kopi yang tinggal separuh. Hannah menaip sambil fikir strategi. Esok dia akan bawa Danial ke satu acara — temu duga tertutup untuk skrip terbaru yang dia tulis.


Dan yang menariknya?


Watak utama lelaki dalam skrip tu…

…mempunyai kisah silam dengan seorang kawan perempuan yang masih belum dia lepaskan sepenuhnya.


Skrip Hannah memang sindiran halus. Tapi bukan untuk menjatuhkan. Dia mahu lihat reaksi Danial bila kisah itu dibacakan. 

Comments