BAB 33: Dalam Diam, Aku Menilai
Danial duduk termenung di kerusi director’s chair, sambil telefon masih di tangan. Gambar-gambar dari email misteri tadi terbuka di skrin.
Dia tak terus percaya. Tapi dia tak boleh abaikan juga. Sebab Hannah… terlalu penting untuk diambil mudah.
Hari Pertama Siasat
Dia mula dengan scroll IG Hannah—dari post yang terkini sampai yang lama. Di mata biasa, hanya foto selebriti cantik dengan gaya menarik. Tapi mata Danial tak sekadar lihat. Dia baca caption. Dia lihat siapa yang selalu komen. Siapa yang Hannah reply.
Nama Mikael muncul berkali-kali.
“Mikael ni siapa…?”
Hari Kedua
Danial ajak sembang krew produksi yang lama kenal Hannah. Secara santai, tapi terancang.
“Eh bro, Hannah ni legend kan kat set dulu… ramai minat dia.”
“Haa tu jangan cakap. Tapi dia bijak lah, bukan main-main. Tapi entahlah, dulu dengan Mikael tu panas jugak kejap.”
Danial senyum nipis. Dalam hati makin kusut.
Hari Ketiga
Danial minta pertolongan pemandu produksi, tanya pasal satu insiden lama masa shooting luar negara.
“Kau ingat kes tu? Hannah balik awal kan masa kita shoot kat Langkawi?”
“Ha’ah. Masa tu ada kecoh sikit. Mikael pun hilang dua hari. Lepas tu semua senyap. Tapi tu cerita lama lah…”
Danial makin berat kepala. Hati dia tetap kata Hannah yang dia kenal sekarang bukan yang dulu. Tapi dia kena pasti.
Hari Keempat
Dia mula tulis nama-nama lelaki yang disebut — Mikael, Nazril, Hafeez. Satu-satu dia cuba cari. Akaun media sosial. Jejak perbualan. Tapi peliknya, Hannah dah ‘block’ atau ‘delete’ semua jejak mereka. Seolah-olah cuba bersih masa lalu.
Danial senyum kecil.
"Awak sembunyikan sesuatu, Hannah. Tapi adakah kerana awak nak berubah… atau kerana awak takut saya tahu?"
Malam itu, Danial pandang siling biliknya lama-lama. Dia masih sayang. Tapi dia tahu...
kebenaran akan tentukan sama ada hatinya luka atau bertambah cinta.
Comments
Post a Comment