BAB 34: Lelaki Yang Pernah Hannah Cinta
Danial duduk di sebuah kafe tenang di Ampang, waktu petang yang redup. Dia datang awal. Tak mahu kelihatan seperti terdesak… walaupun dalam hati, dia dah tak tenang sejak beberapa hari.
Beberapa minit kemudian, muncul Mikael — dengan jaket kulit, rambut disisir rapi, wajah yang tak pernah berubah sejak dulu.
“Danial Iqmal. Rare aku dapat mesej dari orang macam kau.”
Danial angkat kening. Senyum nipis.
“Aku just nak tahu sesuatu. Tentang Hannah.”
Mikael tersandar santai.
“Hannah?” dia gelak kecil. “Dia okay? Dengar cerita kau tengah rapat dengan dia sekarang.”
Danial tak balas gurauan itu. Dia terus pada tujuan.
“Aku nak tahu… apa sebenarnya yang berlaku antara kau dan dia dulu? Aku tak judge. Aku cuma nak tahu.”
Mikael diam.
Wajahnya berubah sedikit. Kemudian dia angkat cawan kopi, hirup perlahan.
“Dia... pelik. Masa awal kenal, dia yang approach aku. Bold, yakin, charming. Lepas tu bila aku dah serious, tiba-tiba dia tarik diri. Dia buat seolah aku desperate… padahal dia yang mula dulu.”
Danial tenung mata Mikael.
“Kau cintakan dia?”
“Pernah,” jawab Mikael. “Tapi dia tak pernah cintakan sesiapa, Danial. Dia cuma suka menang.”
Danial telan liur. Sakit dengar tu. Tapi dia tetap tenang.
“Atau mungkin kau yang tak cukup lelaki untuk dia percaya?”
Mikael senyum sinis.
“Maybe. Tapi kau patut tahu… bukan aku sorang yang jadi mangsa. Ramai. Ada yang kahwin, ada yang tunang. Tapi semua runtuh sebab Hannah.”
Danial tarik nafas panjang. Dia tak tahu nak percaya atau tidak. Tapi satu yang dia tahu — dia takkan buat keputusan hanya dari mulut Mikael.
Sebelum bangun, Danial sempat berkata perlahan:
“Kalau betul dia pernah patahkan hati kau… aku harap kau dah move on. Sebab aku tak cari kisah silam dia untuk hukum…aku cuma nak tahu apa yang dia lari daripada.”
Danial berlalu pergi. Tinggalkan Mikael yang termenung lama.
Comments
Post a Comment