BAB 35: Diam Yang Tak Biasa
Sudah tiga hari Hannah perasan — Danial makin banyak diam. Dia masih ada, masih mesej, masih layan dengan nada lembut, tapi... jiwa tu seakan menjauh.
“Awak okay ke, Danial?”
“Okay. Penat sikit, banyak kerja.”
Itu saja jawapan lelaki itu sejak kebelakangan ini.
Di set penggambaran, Hannah cuba sibukkan diri. Tapi bila break tengah hari, dia tetap buka telefon, tunggu notifikasi. Kosong.
“Takkanlah dia bosan dah…”
Dia pandang skrin. Teringat senyuman Danial masa mula-mula mereka rapat. Cara Danial pandang dia — bukan macam lelaki lain. Bukan macam Mikael… yang akhirnya cuma nak menang.
Hannah mula resah. Dia fikir nak tanya, tapi ego menahannya. Dia tak mahu nampak clingy.
Tapi hatinya… tak tenang.
Comments
Post a Comment