BAB 39: Suhu Tubuh Tak Sama Dengan Suhu Hati
Danial peluk Hannah dalam hujan, tapi Hannah tak balas.
Dia hanya berdiri kaku dalam pelukan tu — mata tak pejam, tangan tak bergerak, bibir tak tersenyum.
“Awak sejuk…” bisik Danial, masih tak lepaskan.
“Saya dah biasa,” balas Hannah perlahan. “Dah lama hati saya lebih sejuk dari tubuh saya.”
Danial undur sedikit, pandang wajah Hannah. Ada air mata, tapi tak tahu itu titisan hujan atau betul-betul tangisan.
“Saya nak betulkan semuanya, Hannah. Saya nak kita macam dulu semula…”
“Dulu dah tak wujud, Danial,” potong Hannah perlahan. “Saya datang malam ni… sebab saya perlukan jawapan, bukan pelukan.”
Danial terkedu. Dia tahu, kata-kata Hannah lebih tajam dari hentaman hujan malam itu.
Beberapa hari kemudian...
Danial cuba WhatsApp. Call. DM. Tapi Hannah balas semua mesej macam assistant PR.
✅ Noted
✅ Tq, akan semak skrip terbaru.
✅ Okay, jumpa masa mesyuarat nanti.
Senyuman sinis mula jadi perisai Hannah. Tapi setiap kali buka gambar Danial, hati dia goyah balik.
Maïra pula, diam... tapi makin aktif di sekeliling Danial.
Kat pantry. Di ruang mesyuarat. Siap tunggu kat lobby masa Danial datang kerja.
“She’s playing the long game,” bisik Hannah sendiri, walaupun dia sendiri tak pasti dia masih dalam ‘game’ tu atau dah kalah awal-awal.
Comments
Post a Comment