BAB 4: Skrip Sebenar Seorang Lelaki
Hari itu, Hannah masuk ke bilik mesyuarat dengan langkah yakin. Blazer biru navy tersarung kemas, rambut disanggul rapi. Dia tahu dia nampak profesional, seperti selalu — dan dia tahu, Danial Iqmal akan ada di situ. Projek kolaborasi baru antara syarikat produksi dan agensi pemasaran Danial baru saja bermula, dan itu bermaksud lebih banyak pertemuan, lebih banyak peluang, lebih banyak permainan.
Dan Danial tak pernah bermain seperti lelaki lain. Dia bukan jenis yang cepat cair bila digoda — malah, reaksinya kadang-kadang menyakitkan hati. Hari ini pun, bila Hannah senyum kecil sambil menyapa dengan suara lembut:
“Good morning, Mr. Danial. You look… sharper than usual,”
Danial menjawab dengan sekilas pandang dan berkata,
“Oh, thank you. Sharpness helps me cut through distractions.”
Nada bersahaja. Tapi Hannah tahu, itu bukan sekadar gurauan. Itu… cabaran.
Selesai mesyuarat, Danial berdiri bersebelahan Hannah di luar bilik.
“Nak kopi? Or you don’t drink caffeine — you just serve it in your eyes?”
Itu sindiran, kan? Hannah ketawa kecil, tapi sempat balas,
“As long as you’re the one who stays up all night thinking about it.”
Danial senyum. Tapi mata dia serius.
“I don’t lose sleep over people who only act for the camera.”
Terkedu. Hannah rasa dia kena — dan dia suka rasa tu. Seolah-olah, kali ni, dia bukan pemburu. Dia mangsa yang sedang diperhatikan dari jauh, penuh strategi.
Dalam diam, Danial dah mula balas. Tapi dengan gaya dia — tenang, sinis, dan penuh rahsia.
Comments
Post a Comment