BAB 41 – Ruang Yang Hannah Tinggalkan
Danial termenung di depan laptop. Skrip episod akhir masih tak bergerak.
Sesuatu terasa hilang. Sejak Hannah menjauh, rasa hidupnya jadi senyap walau kerja tetap sibuk.
"Awak okay?"
Suara lembut Maïra dari sisi. Tangannya hulur secawan kopi panas.
"Kalau awak nak borak... saya sudi dengar."
Danial senyum nipis. “Terima kasih.”
Maïra tak pernah mendesak. Tapi dia selalu ada.
Di saat Danial penat.
Di saat Hannah tak datang mesyuarat.
Di saat semua nampak biasa... tapi hati rasa kosong.
💡 Di tempat lain... Hannah duduk depan skrin komputer.
Mikael dah mula muncul balik — tapi bukan untuk bercinta. Lelaki tu masih penuh pesona, tapi kali ini datang sebagai cermin.
"You tahu, I tengok Danial tu... he’s the kind of man yang takkan tahan dengan wanita yang tak yakin dengan diri sendiri."
Hannah diam. Perkataan tu terkena tepat.
Hannah termenung.
Dia scroll galeri lama. Gambar Danial yang dia rakam diam-diam. Suara gelak lelaki tu dalam voicemail.
Dia tak pernah berhenti sayang. Cuma dia takut, sangat takut kehilangan.
Tapi kalau dia diam terus... Maïra akan masuk sepenuhnya.
Comments
Post a Comment