BAB 43 – Hannah, Dalam Versi Yang Baru

 BAB 43 – Hannah, Dalam Versi Yang Baru

Danial baru keluar dari bilik produksi bila dia terdengar suara yang terlalu dikenali…


“Scene tu... tak cukup berat. Kalau watak lelaki tu betul-betul rasa kehilangan, dia takkan pandang mata heroin semudah tu.”


Danial berpaling.


Hannah.


Berdiri depan whiteboard dengan file skrip di tangan. Rambut diikat kemas. Blazer krim dengan seluar palazzo hitam. Matanya tak cari Danial. Tapi suaranya — yakin dan tegas.


"Sorry lambat join. Saya dipanggil semula oleh pihak atasan. Dengar-dengar ‘script breakdown’ tak jadi sejak saya cuti?"

Satu ruangan sunyi. Semua tertanya-tanya — dia cuti? Dia berhenti ke? Atau sengaja ‘hilang’?


Danial tegak. Mata mereka bertemu — dan dalam sesaat itu, dia sedar.


Hannah tak datang untuk kembali.

Dia datang untuk menang.

Danial cuba dekati

Selepas mesyuarat, dia tunggu Hannah di luar studio.


“You nampak... berbeza.”


“I rasa... lebih hidup. You tahu kan, bila kita jauh dari orang yang buat kita rasa kecil, kita mula nampak nilai diri.”


“Hannah...”


“Jangan, Danial. Don’t ruin my recovery. I’m not your distraction anymore.”


Danial terdiam. Itu tamparan paling lembut... dan paling dalam.

Tapi Hannah tak tahu... Maïra sedang susun langkah terakhir.

📌 Gambar-gambar dia dan Danial waktu skrip travelogue di Langkawi.

📌 Voice note yang boleh di-edit untuk dijadikan bukti hubungan sulit.

📌 E-mel yang akan dihantar ke produser utama dan beberapa klien besar Hannah.


Maïra diam — tapi dia tak pernah tak bertindak.

Comments