BAB 45 – Membongkar Maïra: Siasatan Tertutup

 BAB 45 – Membongkar Maïra: Siasatan Tertutup

Hannah diam. Dia tak buat kenyataan. Tapi dia gerakkan pasukan kecil — termasuk sahabat lamanya, Mikael, yang kini bekerja dalam siber forensik.


“Beri aku dua hari. Aku cari siapa dalangnya.”


Mikael mula korek metadata gambar.

Lokasi asal, masa muat naik, IP e-mel pengirim.


“Hannah... semua jejak bawa ke satu tempat. Satu laptop. Di ruang pejabat Danial.”

Danial Terperangkap

Danial panggil Hannah.


“I swear I didn’t do this.”


“Aku tahu. Tapi kau lalai. Laptop kau terbuka. Password mudah. Dan kau percaya orang yang silap.”


Danial tunduk. Wajahnya seperti lelaki yang sedar dia biarkan iblis masuk rumah sendiri.

Hannah Bangkit

“Esok. Jam 3 petang. Aku akan panggil media. Aku akan buat live.”


Dan esoknya…


Dengan suara tenang, Hannah dedahkan bukti manipulasi. Screenshot berlapis metadata. Voice note suntingan. Perbezaan timestamp gambar.


“Saya tak sempurna. Tapi saya tak jahat. Saya dah banyak jatuh. Tapi kali ni… saya berdiri bukan untuk diri saya saja. Tapi untuk semua wanita yang pernah difitnah hanya kerana mereka berani menolak lelaki yang salah.”

Orang ramai mula buka mata.


Media mula sokong.

Klien kembali.

Hannah… kembali.


Tapi satu soalan masih belum selesai:


Apa yang akan dia buat dengan Danial yang diam, kecewa dan kehilangan segalanya… sebab terlalu lambat lindungi Hannah?

Comments