Bab 6: Takdir Yang Aku Tulis Sendiri

BAB 6: Strategi Sang Ratu

Esoknya, Hannah muncul di pejabat dengan blazer hitam dan heels tinggi. Rambut disanggul kemas, lipstick merah tua — aura boss lady menyala.

Dia nampak Danial sedang berbual dengan team HR di pantry, dan seolah disengajakan, Hannah lalu perlahan — menoleh sedikit, beri senyuman manja dan suara lantang:


“Morning, semua. Danial, jangan lupa meeting kita tengah hari nanti. I ada benda menarik nak tunjuk.”


Danial angguk tenang. Tapi dia tahu, Hannah sedang mencabar.


Tengah hari.

Bilik mesyuarat.

Hannah bentangkan skrip baru projek drama utama syarikat. Tapi dalam skrip itu, ada satu watak lelaki — tenang, berprinsip, tapi penuh misteri. Watak itu terlalu… Danial.


Danial ketawa kecil sewaktu baca watak tersebut.

“Watak ni macam kenal saja,” ujarnya perlahan.


Hannah tunduk sedikit, senyum penuh licik.

“Maybe saya banyak ambil inspirasi dari orang sekeliling.”


Danial tak balas, hanya renung mata Hannah lama. Gadis itu tahu dia menang pusingan ini.


Beberapa hari berlalu. Hannah tingkatkan lagi permainan. Dia hantar mesej waktu malam — bukan untuk menggoda, tapi untuk ‘kerja’. Kononnya mahu bincang skrip, mahu review idea. Bila Danial balas ringkas dan professional, Hannah hantar voice note sambil ketawa kecil:


“Relax la Danial… saya bukan nak goda awak pun. Cuma... saya tahu awak tak suka dibiarkan sendirian dalam permainan ni.”


Danial hanya balas:


“Permainan awak menarik. Tapi saya main ikut tempo saya.”


Dan di situ, Hannah rasa degup jantungnya berubah tempo.

Danial... bukan lelaki biasa.


Di pejabat, Danial mula mengelak. Dia elak lif yang sama, kurangkan berbual, fokus kerja. Tapi setiap kali pandangan mereka bertembung — Hannah rasa matanya digoda tanpa sepatah kata.


Dia gelisah.

Dia tak suka rasa ini.

Sebab buat kali pertama… lelaki yang dia goda, tak tergoda — malah buat dia terfikir:

"Sia

pa sebenarnya yang sedang dikawal?"


Comments