BAB 7: Jemputan Penuh Helah
Malam itu, Hannah ambil masa lebih sejam memilih baju. Dia bukan nak keluar date — kononnya. Cuma… malam ni ada satu event private media networking, dan dia ‘terpaksa’ ajak Danial ikut sama.
“We need HR representation. Just mingle, and smile. Please?”
— Mesej Hannah, dihantar jam 4 petang.
Danial balas satu jam kemudian:
“Saya bukan jenis suka crowd. Tapi kalau perlu, saya datang.”
Event berlangsung di rooftop hotel mewah, dengan lampu lembut dan jazz instrumental.
Hannah tiba lebih awal. Dress navy satin, labuh sampai lutut, cukup sopan tapi menggoda. Bila Danial tiba — Hannah hampir lupa tarik nafas. Lelaki itu datang dengan kemeja gelap, sleeves digulung hingga siku. Sederhana. Tapi power.
“Awak nampak lain malam ni,” Hannah senyum, pura-pura santai.
“Lain macam mana?” Danial balas, matanya tajam.
“Macam... tak patut saya bawa awak datang,” katanya separuh gurau.
Danial hanya senyum tipis. “Tapi awak bawa juga.”
Beberapa jam berlalu. Mereka berbual, minum mocktail, dan bergilir jawab soalan dari orang media. Hannah kagum — Danial bukan sahaja selesa dalam crowd, tapi dia punya karisma senyap. Bila dia bercakap, orang dengar.
Sebelum balik, mereka duduk sebentar di sofa luar, menghadap langit malam KL.
“Awak selesa kerja dengan saya?” Hannah tiba-tiba tanya.
Danial pandang jauh sebelum jawab, “Selagi awak tahu beza kerja dan permainan, saya tak ada masalah.”
Hannah terdiam. Dalam kelakar, ada taji. Dalam ayatnya, ada pagar.
“Tapi apa jadi kalau saya hilang beza tu?” Dia mencabar.
Danial pandang mata Hannah.
“Then... awak akan hilang saya.”
Degup jantung Hannah terhenti seketika.
Dia tunduk — bukan kerana kalah. Tapi kerana buat kali pertama, seorang lelaki tak bersedia tunduk padanya walaupun tahu dia menggoda.
Dan malam itu, Hannah pulang dengan satu rasa baru:
Kalah yang buat dia mahu menang dengan cara lain.
Comments
Post a Comment