Bab 8: Takdir Yang Aku Tulis Sendiri

 BAB 8: Jatuh Dalam Permainan Sendiri

Dua minggu selepas event rooftop, Hannah jadi semakin ‘terganggu’.


Danial…

Tetap masuk pejabat awal. Tetap tenang. Tetap professional.

Dan paling buat Hannah rasa tak tentu arah — dia langsung tak cuba mendekat.


Walhal, lelaki-lelaki sebelum ini semua akan mula ‘call tengah malam’, ‘tanya rindu’, atau setidak-tidaknya ‘kirim bunga’.

Tapi Danial?


Cuma senyum setiap pagi.

Dan ‘selamat tinggal’ setiap petang.


Itu saja.


Satu malam, Hannah scroll phone dia — jari berhenti di WhatsApp Danial.

Online. Tapi tak pernah mesej dulu.

Jadi, Hannah taip:

Hannah: Awak okay? Nampak penat tadi.


Seen. Tapi tiada balasan.


Lima minit. Sepuluh. Dua puluh.


Dua jam kemudian, mesej masuk:


Danial: Saya okay. Awak pun jaga diri.


Panjang itu saja.


Esoknya, di pejabat… Hannah masuk bilik Danial — konon untuk bincang HR policy. Tapi bila selesai…


“Awak ada masa lunch?” soalnya, senyum dikawal.


“Maaf. Dah janji dengan kawan,” balas Danial ringkas.


Hannah senyum. “Kawan perempuan?”


Danial angkat kening. “Kenapa, Hannah? Cemburu ke?”


Soalan itu paku tepat ke dada Hannah.


Dia ketawa kecil, menutup rasa panik. “Eh, mana ada…”


Danial berdiri, ambil fail. Matanya masih tenang. Tapi sinarnya tajam.


“Sebab kalau awak mula rasa macam tu… saya nasihatkan awak hati-hati.”


“Permainan awak — mungkin mula makan diri.”

Malam itu, Hannah termenung di balkoni rumah.

Hatinya mula tak keruan. Kenapa lelaki tu boleh buat dia rasa… kalah?

Kenapa lelaki tu buat dia tak cukup dengan semua lelaki lain?


Dia dah pernah jatuh cinta? Ya. Tapi semua tu cinta versi dia pegang tali.

Kali ni, tali tu entah bila dah terlepas — dan dia yang ditarik perlahan-lahan.


Dia capai phone. Mesej Danial.

Hannah: Esok, saya nak lunch dengan awak. Tolong jangan ada alasan.


Danial balas…


Danial: Boleh. Tapi saya pilih tempat.


Dan saat itulah… Hannah mula faham.

Permainan ni dah berubah hala.


Dan untuk pertama kali dalam hidup dia —

Dia takut kalau dia yang akan kalah hati.

Comments